China Sekat Syarikat AS yang Jual Senjata kepada Taiwan

2020-10-27 12:28:59  CRI
Share with:

China akan mengambil langkah yang diperlukan untuk melindungi kepentingan negara memandangkan Dewan Negara Amerika Syarikat (AS) meluluskan rancangan penjualan kelengkapan senjata kepada Taiwan. Langkah tersebut termasuk melaksanakan sekatan terhadap sebahagian syarikat AS seperti Lockheed Martin yang menjual senjata kepada Taiwan, dan individu serta entiti berkenaan di AS yang berperanan dalam proses penjualan senjata.

Demikian dimaklumkan oleh Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam sidang akhbar semalam.

Kelengkapan senjata yang bakal dijual kepada Taiwan ini dijangka bernilai kira-kira USD1.8 bilion (RM7.5 bilion).

Zhao Lijian berkata, AS menjual senjata kepada Taiwan telah melanggar prinsip 'Satu China' dan peraturan berkenaan dalam tiga pengumuman bersama China-AS. China secara tegas dan keras mengecam perbuatan AS yang telah menjejaskan kedaulatan dan kepentingan keselamatan negara ini. China mendesak pihak AS agar mengekalkan prinsip “Satu China” dan tiga pengumuman bersama kedua-dua negara, segera menghentikan penjualan senjata kepada Taiwan dan sebarang perhubungan ketenteraan dengannya. Tegas Zhao, China akan terus mengambil langkah yang diperlukan untuk melindungi kedaulatan dan keselamatan negara.

张宪