Muak, Politikus AS yang Asyik Memfitnah BRI

2020-10-27 15:06:43  CRI
Share with:

Baru-baru ini, Setiausaha Negara Amerika Syarikat(AS), Mike Pompeo ketika menghadiri sejumlah aktiviti antarabangsa, kelihatan asyik memfitnah dan memburuk-burukkan nama China, dan terus menyebarkan bohongan tentang apa yang disebut 'perangkap hutang' akibat pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI). Tindakan yang bertujuan menghalangkan kerjasama antara China dengan negara lain ini turut menimbulkan rasa muak di masyarakat antarabangsa.

BRI anjuran China merupakan produk global yang bersifat awam yang dipercayai boleh membawa manfaat kepada masyarakat antarabangsa. Sejak BRI dikeluarkan pada tahun 2013, China sentiasa menjalankan kerjasama dengan negara-negara membangun berdasarkan prinsip saling menghormati, sama rata dan saling untung, dan menghulurkan bantuan semampu boleh tanpa sebarang syarat politik. Usaha negara ini telah mendapat sambutan pelbagai pihak kerana terbukti boleh berperanan sebagai penjana pembangunan sosioekonomi dan peningkatan taraf hidup rakyat di negara-negara terlibat. Setakat ini, tiada mana-mana pun negara yang dilaporkan terjatuh dalam apa yang disebut 'perangkap hutang' hanya disebabkan kerjasama dengan China.

Setakat bulan Mei tahun ini, sejumlah 138 buah negara dan 30 buah pertubuhan antarabangsa telah menandatangani 200 buah perjanjian kerjasama dengan China untuk menjana pembangunan bersama dalam pelaksanaan BRI. Ini dianggap sebagai undi percaya dan sokongan masyarakat antarabangsa terhadap BRI.

Sebaliknya, menurut data Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), setakat penghujung tahun 2019, 40% negara Afrika dikesan terperangkap dalam masalah hutang, manakala pemiutang bagi kebanyakan negara itu adalah bank dan syarikat dari Eropah dan AS. Siapa yang menyeret negara-negara Afrika ke dalam perangkap hutang? Jelaslah negara-negara Barat yang diketuai oleh AS yang patut disalahi.

Pada masa ini, wabak COVID-19 telah melahirkan tempias besar terhadap pembangunan ekonomi sejagat. Demi membantu lebih banyak negara membangun yang menghadapi tekanan ekonomi, dengan aktif China telah menganjurkan dan menyertai 'Rancangan menangguhkan pembayaran hutang' anjuran G20, serentak itu berusaha mendorong pelaksanaan projek infrastruktur yang terkandung dalam BRI untuk menjana peningkatan kemampuan berdikari negara membangun. Ini penuh membuktikan bahawa BRI bukan 'perangkap' yang mencipta masalah hutang, sebaliknya adalah penjana keuntungan bagi pembangunan.   

曹捷