Menjana Pendapatan Melalui Kraftangan Jerami Gandum

2020-10-27 10:20:36  CRI
Share with:

Menjana Pendapatan Melalui Kraftangan Jerami Gandum

Ma Zhihua, wanita etnik Hui yang berumur 28 dari kaunti Kangle, Daerah Auotnomi Hui Linxia, provinsi Gansu merupakan tukang kraftangan yang membuat karya seni diperbuat daripada jerami gandum. Beliau cukup mahir dalam pembuatan kraftangan ini sehingga membina sebuah bengkel mengajar penduduk tempatan menghasilkan kraftangan demi menambah pendapatan mereka.

Menjana Pendapatan Melalui Kraftangan Jerami Gandum

Ma Zhihua menghasilkan karya imej Menara Berkembar dengan jerami gandum sebagai hadiah kepada wartawan CRI, Melur

Ma Zhihua berasal dari sebuah keluarga miskin dan bapanya meninggal dunia semasa beliau masih kecil lagi. Beliau ada empat adik beradik. Beliau telah memikul tanggungjawab untuk menjaga dua adik yang belum dewasa lagi pada masa itu. Beliau meninggalkan kampung halaman untuk mencari rezeki di provinsi Henan dan wilayah Tibet di samping belajar teknik membuat kraftangan menggunakan jerami gandum.

Menjana Pendapatan Melalui Kraftangan Jerami Gandum

Menjana Pendapatan Melalui Kraftangan Jerami Gandum

Pada 2018, Ma kembalik ke kaunti Kangle untuk menubuhkan Bengkel Bantuan Miskin Mai Zhi Hun (jiwa gandum) bersama-sama empat orang wanita sekampung beliau, sementara menyediakan peluang pekerjaan kepada 69 wanita di kaunti tersebut, antaranya lebih kurang 20 wanita berasal dari keluarga yang kurang mampu. Mereka membelajari teknik membuat karya menggunakan jerami gandum dan kraftangan lain seperti sulaman dalam bengkel ini. Karya mereka akan dipasarkan hingga menambah pendapatan.

Menjana Pendapatan Melalui Kraftangan Jerami Gandum

Ramainya wanita tempatan belajar teknik membuat kraftangan menggunakan jerami gandum dalam bengkel Ma.

Kini, semua kraftangan yang dihasilkan oleh bengkel tersebut dijual secara dalam talian. Selain itu, produk pertanian dan penternakan istimewa tempatan seperti madu bunga kurma, cendawan dan telur ayam juga dijual melalui bengkel tersebut secara e-niaga untuk menambah pendapatan petani dan penternak.

Menjana Pendapatan Melalui Kraftangan Jerami Gandum

Menurut Ma, jualan bengkel tersebut mencatat RMB2 juta (RM1.25 juta) pada 2019, manakala pendapatan tahunan beliau sendiri pula telah memecah lebih RMB100 ribu (RM62 ribu). Beliau antara teladan terbaik yang berjaya keluar dari belenggu kemiskinan, hingga mampu memberi bantuan kepada orang lain.

张宪