COVID-19: Kematian di Rumah Orang Tua AS Melebihi 84 Ribu

2020-10-27 14:21:01  CRI
Share with:

COVID-19: Kematian di Rumah Orang Tua AS Melebihi 84 Ribu_fororder_tua2

COVID-19: Kematian di Rumah Orang Tua AS Melebihi 84 Ribu_fororder_tua1

Sebanyak 12 kakitangan dan 10 warga emas di sebuah rumah orang tua swasta di Amerika Syarikat (AS) meninggal dunia akibat COVID-19 baru-baru ini.

Menurut akhbar The New York Times (NYT), penularan berlaku di Andbe Home, Kansas apabila seorang warga emas didapati positif wabak itu pada 7 Oktober lepas.

Mengikut laporan yang disiarkan, kesemua 62 warga emas di situ dijangkiti virus tersebut dalam dua minggu selepas tarikh berkenaan.

Dalam pada itu, NYT turut melaporkan hasil siasatan mendapati punca penularan adalah tidak berasal dari golongan warga emas, tetapi dari jururawat yang positif dan tidak bergejala.

Jelas laporan itu, jururawat berkenaan telah membawa virus dari luar ke rumah orang tua tersebut selain turut mendedahkan bahawa kematian mungkin dapat dielakkan sekiranya mereka disaring segera.

Untuk rekod, kematian yang berlaku di rumah orang tua di seluruh AS akibat COVID-19 dicatatkan melebihi 84 ribu orang.

覃淼