"Penjaga Alam Sekitar" AS yang Munafik, Penghutang Dunia

2020-10-28 15:33:18  CRI
Share with:

Baru-baru ini, segelintir politikus Amerika Syarikat (AS) menggembar-gemburkan perubahan iklim dan masalah pemeliharaan alam sekitar dengan menghitamkan nama China untuk mengalihkan percanggahan dan menyembunyikan kegagalan sendiri dalam bidang berkenaan. Bagaimanapun, justru apa yang disebut "penjaga alam sekitar" itu, barulah pihak yang mengelak daripada kewajipan antarabangsa, menjejaskan tadbir urus alam sekitar, sehingga menjadikan AS perosak kerjasama antarabangsa dan pembikin masalah seperti yang diketahui umum.

Sebagai negara terbesar yang melepaskan gas rumah hijau dalam sejarah silam dan negara kedua terbesar yang melepaskan gas rumah hijau pada masa ini, AS gagal menunaikan janjinya yang tercantum dalam Perjanjian Copenhagen 2009, yang menyasarkan pengurangan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 17% menjelang 2020.

Selain tidak melaksanakan kewajipan sendiri, AS juga menjejaskan kerjasama antarabangsa dengan mengundurkan diri daripada Perjanjian Paris, iaitu satu-satunya negara pemeterai yang berbuat sedemikian, dan tidak mengesahkan Protokol Kyoto.

Dalam bidang tadir urus alam sekitar global, AS merupakan penghutang terbesar bagi Kemudahan Alam Sekitar Global (GEF) dan pengingkar yang degil untuk membayar yuran Konvesyen Kerangka Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC).

Selain itu, AS juga bertalu-talu membikin masalah kepada dunia dalam bidang kawalan bahan buangan, perdagangan hidupan liar dan kepelbagaian biologi.

Perbuatan AS yang egoistik itu telah mendedahkan apa yang disebut "penjaga alam sekitar" yang munafik dan amalan unilateralisme serta hegemoni yang secara terang-terangan meletakkan kepentingan politik di atas kepentingan awam umat manusia.

高蕾