China Utamakan ASEAN Dalam Diplomasi Kejiranan

2020-10-29 14:29:57  CRI
Share with:

China sentiasa mengutamakan ASEAN dalam diplomasi kejiranan dan memandang ASEAN sebagai kawasan penting pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Jurucakap Kementerian Luar China Wang Wenbin berkata demikian pada sidang akhbar semalam ketika memaklumkan keadaan pertemuan antara Naib Menteri Luar China, Luo Zhaohui dengan Nguyen Quoc Dung, Naib Menteri Luar Vietnam yang juga pemimpin Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN (ASEAN SOM) kelmarin.

Menurut Luo, dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak telah bertukar-tukar pendapat mengenai kerja persiapan bagi siri mesyuarat Sidang Kemuncak Kerjasama Asia Timur yang dijadualkan pada pertengahan bulan November, dan dengan kata sepakat berpendapat usaha perlu dibuat agar kesepakatan dan perpaduan ditampilkan pada siri mesyuarat Sidang Kemuncak Kerjasama Asia Timur,  selain memperhebatkan kerjasama bagi membendung pandemik COVID-19 dan menjana pertumbuhan untuk memulihkan ekonomi Asia Timur dan meningkatkan keyakinan rakyat serantau. Bersamaan dengan itu, menyokong kedudukan penting ASEAN dalam kerjasama Asia Timur, mempertahankan amalan multilateralisme, bersungguh-sungguh menangani isu sensitif, memelihara kedamaian dan kestabilan serantau serta mengekalkan kerjasama dan perkembangan di rantau ini.

Luo menyatakan, pada tahun 2021, iaitu ulang tahun ke-30 terjalinnya hubungan berdialog China-ASEAN, China bersedia bersama dengan ASEAN untuk memperkukuh hubungan bilateral bagi mengekalkan kedamaian dan perkembangan di rantau Asia Timur.

吕清