"Pembangunan Berkualiti Tinggi" Dipercepat

2020-10-30 13:17:25  CRI
Share with:

"Rancangan Pembangunan Lima Tahun Ke-14 (Tahun 2021-2025)" yang mempunyai tempoh lima tahun pertama bagi pembangunan negara sosialis yang moden secara menyeluruh, akan merupakan permulaan bagi pembangunan berkualiti tinggi yang berorientasikan inovasi, hidup rakyat dan keamanan.

Demikian dinyatakan penyelidik khas Dewan Negara China, Yao Jingyuan sempena Sidang Pleno ke-5 Jawatankuasa Pusat penggal ke-19 Parti Komunis China (PKC) yang diadakan pada 26 hingga 29 Oktober lalu.

Kata beliau, masyarakat makmur sederhana akan berjaya direalisasikan di China dalam tempoh tersebut (tahun 2021-2025), dan dilihat akan menyediakan asas dan peluang penting bagi usaha pembangunan negara sosialis yang moden secara menyeluruh.

Sehubung itu, inovasi dijadikan tonjolan dalam penggubalan strategi pembangunan berkenaan, dan diletakkan pada tahap perkembangan yang berorientasikan sains dan teknologi yang bertaraf dunia, pasaran ekonomi utama, keperluan negara serta nyawa dan kesihatan rakyat.

Tambah beliau, matlamat muktamad Rancangan Lima Tahun yang mengutamakan pembangunan berkualiti tinggi ini adalah untuk meningkatkan kesejahteraan khalayak ramai.

高蕾