Dr. Kuhn Ulas Lima Konsep Pembangunan China yang Pertama

2020-10-30 15:15:33  CRI
Share with:

Lima konsep pembangunan kali pertama dibentangkan dalam Sidang Pleno ke-5 Jawatankuasa Pusat ke-18 Parti Komunis China (PKC) pada 29 Oktober tahun 2015.

Kesemua lima konsep pembangunan yang digariskan iaitu inovasi, koordinasi, mesra alam, terbuka dan berkongsi membawa makna bahawa sebarang kemajuan perlu berpaksi kepada konsep-konsep tersebut.

Lima tahun sudah berlalu, adakah kejayaan tercapai mengikut konsep ini dan apakah cabaran dihadapi China pada masa depan?

Menurut pakar hal ehwal China dari Amerika Syarikat, Dr. Robert Lawrence Kuhn, beliau percaya lima konsep pembangunan ini membawa makna penting untuk China mewujudkan matlamat serratus tahun pertama iaitu mewujudkan  masyarakat makmur sederhana secara menyeluruh menjelang tahun 2020 dan juga matlamat serratus tahun kedua, iaitu menubuhkan negara sosialis moden secara menyeluruh menjelang tahun 2050.

覃淼