Eratkan Kerjasama China-ASEAN Pulihkan Ekonomi

2020-11-03 14:58:48  CRI
Share with:

Webinar bertemakan "perkasakan kerjasama pulihkan ekonomi semasa pandemik", yakni aktiviti ketiga bagi Forum Jakarta Hubungan China-ASEAN diadakan di Jakarta semalam.

Aktiviti diadakan bersama oleh Misi China ke ASEAN, Misi Tetap Filipina ke ASEAN dan Persatuan Dasar Luar Indonesia.

Duta Besar China ke ASEAN, Deng Xijun ketika berucap pada webinar itu berkata, China bersedia meningkatkan penyelarasan dan kerjasama dengan ASEAN untuk melawan pandemik COVID-19, mendorong pemulihan ekonomi serantau dan membina komuniti berkongsi nasib yang lebih erat. Menurutnya, China akan membantu ASEAN memerangi wabak kali ini serta memperkasakan kerjasama dalam rangka inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan projek kesalinghubungan.

Pakar dan sarjana dari China dan ASEAN mengadakan perbincangan tentang peningkatakan kerjasama untuk mendorong pemulihan ekonomi, peluang dan cabaran yang dihadapi dalam pemulihan, serta cara untuk mewujudkan pertumbuhan lestari, inovatif dan berdaya tahan pada era pasca wabak.

徐国玮