Lawatan Pompeo di Asia Hanya Sandiwara

2020-11-04 13:48:06  CRI
Share with:

Lawatan Pompeo di Asia Hanya Sandiwara

"Sri Lanka tidak akan memeterai perjanjian bantuan Millennium Challenge Corporation dengan Amerika Syarikat (AS) untuk selama-lamanya." Inilah kenyataan presiden Rajapaksa ketika diwawancara baru-baru ini. Ini sekali gus menghancurkan muslihat Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo yang ingin memujuk Sri Lanka mengekang China. Sempena lawatannya ke lima negara Asia baru-baru ini, Pompeo telah menemui beberapa kegagalan seumpama itu. Lawatannya menjadi satu sandiwara yang amat memalukan.

Lawatan Pompeo ke Asia sebelum pilihan raya presiden negara itu adalah untuk mempromosikan "strategi  India-Pasifik", melaga-lagakan hubungan negara-negara serantau dengan China. Namun, kesudahannya amat mengecewakan buat Pompeo.

Dalam destinasi pertama dalam lawatannya di India, rancangan AS untuk menjual dron MQ-9 langsung ditolak oleh pihak India.

Kegagalan serupa pula berlaku di Maldives, Indonesia dan Vietnam. Menurut laporan The Jakarta Post, tetamu dari Washington itu nampaknya sedang menjalankan satu misi yang mustahil dijayakan, namun China ialah rakan dagang terpenting bagi Indonesia. Ulasan itu juga menyebut bahawa hasil lawatan Pompeo itu amat tipis dan tidak bermakna. 

Ketika dunia masih bergelut dengan pandemik COVID-19 dan ekonomi global masih lembap, hampir semua negara ingin bersatu tenaga memerangi wabak dan meningkatkan kerjasama ekonomi, sebaliknya tidak mahu memihak demi memenuhi kepentingan politikus AS. 

Digelar sebagai "Setiausaha Negara paling buruk dalam sejarah", Pompeo yang berdegil mengikuti mentaliti Perang Dingin pasti akan gagal.

胡星