CIIE Pamer Komitmen China Perluas Keterbukaan

2020-11-05 15:26:58  CRI
Share with:

Penganjuran Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) memperlihatkan kejituan tekad dan komitmen China untuk memperluas keterbukaan terhadap pasaran dunia.

Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), Tan Sri Datuk Ter Leong Yap dalam satu wawancara memberitahu, pengalamannya menyertai CIIE sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2018 dan 2019 telah mendapat pulangan yang sungguh memuaskan.

Dalam CIIE tahun ini yang sedang berlangsung di Shanghai, ACCCIM berjaya mendapat sembilan gerai pameran untuk syarikat-syarikat terlibat mempertontonkan jenama Malaysia yang paling terkenal dan digemari pengguna China.

Dalam pada itu, beliau turut berpendapat bahawa kejayaan CIIE juga mencerminkan proses transformasi dan penaiktarafan struktur ekonomi China yang lebih memfokuskan keseimbangan dalam import dan eksport.

周乔西