Menurut Badan Pusat Statistik Indonesia (BPS) semalam, disebabkan penularan wabak COVID-19, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu menurun 3.49% pada suku ketiga tahun ini berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu, menguncup selama dua suku secara berturut-turut.
Ketua PBS, Suhariyanto dalam sidang media semalam berkata, kadar penurunan pada suku ketiga lebih rendah berbanding dengan suku kedua. Seiring dengan kawalan wabak yang kian longgar, ekonomi Indonesia diunjurkan akan pulih pada suku ke-4 ini.