China: ETIM Kumpulan Keganasan

2020-11-07 15:18:24  CRI
Share with:

Menurut laman web Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) pada 5 November, Setiausaha Negara, Mike Pompeo mengumumkan untuk menarik balik keputusan yang menyenaraikan Gerakan Islam Turkistan Timur (ETIM) sebagai kumpulan keganasan.

Sehubungan itu, jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin semalam menyatakan ketidakpuasan dan bantahan yang keras terhadap keputusan itu dan menuntut AS segera membetulkan kesalahan tersebut dan jangan "menghalalkan" pertubuhan keganasan itu.

Wang berkata, ETIM telah disenaraikan sebagai pertubuhan keganasan oleh Majlis Keselamtan Pertubuhan Bang-Bangsa Bersatu (PBB). Ini juga diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa. Pertubuhan itu sudah lama menjalankan kegiatan keganasan yang mengakibatkan kerugian nyawa dan harta yang besar serta menjejaskan keselamatan dan kestabilan China dan serantau.

Pembanterasan terhadap ETIM merupakan konsensus masyarakat antarabangsa serta komponen penting dalam perjuangan antikeganasan global. Langkah AS tersebut sekali lagi mendedahkan dwistandard Washington terhadap pertubuhan keganasan.

徐国玮