Presiden Xi Anugerahkan Pingat Persahabatan kepada Bonda Ratu Kemboja

2020-11-07 15:00:30  CRI
Share with:

Presiden Xi Anugerahkan Pingat Persahabatan kepada Bonda Ratu Kemboja

Presiden China, Xi Jinping dan isterinya, Peng Liyuan ditemui Raja Kemboja, Norodom Sihamoni dan Bonda Ratu, Norodom Monineath Sihanouk di Dewan Besar Rakyat di Beijing semalam.

Xi berkata, beliau amat menghargai hubungan persahabatan yang rapat dengan Raja dan Bonda Ratu Kemboja. Bonda Ratu Monineath telah memberikan sumbangan yang istimewa bagi mendorong persahabatan antara China dengan Kemboja serta pertukaran dan kerjasama kedua-dua negara dalam pelbagai bidang.

Presiden Xi Anugerahkan Pingat Persahabatan kepada Bonda Ratu Kemboja

Presiden Xi menganugerahkan pingat persahabatan Republik Rakyat China kepada  Bonda Ratu Monineath sebagai penghargaan kepada sumbangan baginda terhadap perkembangan hubungan kedua-dua negara.

Xi berkata, kedua-dua pihak komited meningktkan hubungan rakan kerjasama strategik komprehensif terus ke tahap baharu.

Raja Sihamoni pula berkata, baginda bersedia bersama-sama Presiden Xi mewarisi dan mengembangkan hubungan persahabatan yang dibina oleh pemimpin generasi terdahulu serta membuka lembaran baharu kerjasama kedua-dua negara. Baginda berharap China yang di bawah pimpinan Xi akan mencapai pembangunan yang lebih cemerlang.

Presiden Xi Anugerahkan Pingat Persahabatan kepada Bonda Ratu Kemboja

Bonda Ratu Monineath berkata, mendiang suaminya Raja Norodom Sihanouk merupakan sahabat yang ikhlas dan lama bagi rakyat China. Dalam tempoh 60 tahun yang lalu, baginda telah banyak kali melawat China dan menyaksikan pembangunan yang mengagumkan di negara ini. Baginda akan terus komited untuk merapatkan hubungan persahabatan kedua-dua negara.

徐国玮