Lee Hsien Loong: Melawan Pandemik COVID-19 Cabaran Politik

2020-11-08 15:43:33  CRI
Share with:

Lee Hsien Loong: Melawan Pandemik COVID-19 Cabaran Politik

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong berkata, pandemik COVID-19 bukan sahaja isu kesihatan awam, tetapi juga isu politik. Kini kes jangkitan baharu berkurangan di negara itu, dan kerajaan mesti memenangi kepercayaan rakyat, menasihatkan mereka terus mematuhi peraturan agar mengelakkan gelombang kedua wabak itu.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan selaku Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) pagi tadi.

Lee berkata, kerajaan mesti bertindak dengan berhati-hati, meningkatkan daya  saringan dan pengesanan kes jangkitan, di samping menjamin keselamatan dan kehidupan penduduk kembali normal apabila langkah-langkah kawalan dibatalkan.

胡星