Pemimpin Britain, EU Bincang Hubungan

2020-11-08 15:11:43  CRI
Share with:

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson menghubungi Pengerusi Suruhanjaya Kesatuan Eropah, Ursula von der Leyen melalui telefon semalam untuk membincangkan kemajuan rundingan mengenai hubungan kedua-dua pihak pada masa depan dan memutuskan akan menyambungkan rundingan berkenaan di London pada minggu depan.

Kedua-dua pihak menyatakan bahawa walaupun rundingan mencapai kemajuan baru-baru ini, namun masih terdapat pertikaian pendapatan dalam sesetengah isu termasuk persaingan secara adil dan industri perikanan.

Kumpulan perunding Britain dan EU akan terus mengadakan rundingan di London esok supaya mencapai perjanjian secepat mungkin.

覃淼