Rakyat Myanmar Keluar Mengundi

2020-11-09 12:08:05  CRI
Share with:

Rakyat Myanmar Keluar Mengundi

Hari pengundian bagi pilihan raya Myanmar diadakan pada 8 November lalu. Ini merupakan pilihan raya kedua sejak pembaharuan sistem politik dilaksanakan di negara itu.

Parti pemerintah, iaitu Liga Demokrasi Nasional (NLD) pimpinan Aung San Suu Kyi dianggap mempunyai kelebihan besar untuk memenangi pilihan raya tersebut.

Majoriti masyarakat tempatan berpendapat, prestasi pentadbiran NLD membawa sinar harapan kepada pembangunan negara, yang menjadi punca parti itu mendapatkan sokongan daripada orang ramai.

Rakyat Myanmar Keluar Mengundi

Dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Myanmar kekal pada kadar lebih 6% selain tahun fiskal 2016/2017.

Sementara itu, kerajaan Myanmar giat menarik pelaburan asing dan mengintensifkan pelaburan dalam projek pembinaan infrastruktur serta mewujudkan pendidikan wajib yang percuma.

Di samping itu, prestij dan pengaruh Suu Kyi juga faktor yang membolehkan NLD mendapat sokongan rakyat.

Hasil tinjauan terkini menunjukkan kadar sokongan terhadap Suu Kyi telah meningkat kepada 79% daripada 70% pada 2019.

张哲