COVID-19: AS Catat Kes Harian Tertinggi

2020-11-09 13:09:10  CRI
Share with:

Jumlah kes COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) melonjak kepada 126,000 pada 7 November, jangkitan harian tertinggi sejak permulaan wabak itu, lapor media tempatan semalam.

Menurut data Universiti Johns Hopkins, peningkatan itu menjadikan negara tersebut merekodkan lebih 100,000 kes positif baharu COVID-19 selama empat hari berturut-turut.

Beberapa pakar memberi amaran bahawa kes COVID-19 di AS akan terus meningkat dalam tempoh beberapa minggu akan datang, di samping menggesa kepada individu dan kerajaan supaya mengambil tindakan tegas untuk meredakan wabak.

董筱娉