Xi Utus Tahniah Hari Kemerdekaan Ke-67 Kemboja

2020-11-10 11:32:01  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengutus kawat tahniah kepada Raja Kemboja, Norodom Sihamoni sempena Hari Kemerdekaan ke-67 negara itu semalam.

Xi dalam kawatnya meluahkan keyakinan bahawa rakyat Kemboja pasti dapat melakar kejayaan lebih besar dalam usaha pembangunan dengan mengikut jalan yang selaras dengan keadaan negara sendiri.

Beliau turut menyatakan kesediaan China untuk memperkukuh persahabatan tradisional dan kesalingpercayaan strategik dengan Kemboja, di samping bersama-sama berusaha membentuk komuniti berkongsi nasib demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara. 

张哲