"Teori Cantas Hubungan” Jadi Bahan Ketawa

2020-11-11 14:35:03  CRI
Share with:

Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketiga berakhir di Shanghai semalam, selepas mencapai surat hasrat kerjasama yang bernilai USD72.6 bilion, iaitu meningkat 2.1% berbanding tahun lalu.

Hal ini sekali lagi membuktikan CIIE telah menjadi wadah yang dikongsi bersama, di samping membantu perusahaan pelbagai negara pulih daripada kesan pandemik COVID-19.

Prestasi CIIE kali ini turut memperlihatkan potensi pasaran China yang cukup besar.

Yang turut menarik perhatian dunia, usaha inovasi kini memainkan peranan semakin besar dalam menjana pembangunan China. Justeru, sebanyak 411 produk, teknologi dan perkhidmatan baharu telah dipamerkan syarikat asing dalam CIIE kali ini untuk meneroka kerjasama dalam bidang inovasi.

Ternyata keterbukaan dan kerjasama tetap dijunjung pelbagai negara sebagai arus perdana sezaman, taktala ekonomi dunia terkena impak akibat amalan unilateralisme dan perlindungan. Melihat CIIE menunjukkan prestasi begitu cemerlang, "teori cantas hubungan” yang digembar-gemburkan segelintir politikus Barat hanya akan menjadi bahan ketawa.

张哲