Rekod Hak Asasi Manusia AS Diteliti UNHRC

2020-11-11 15:05:12  CRI
Share with:

Rekod pelaksanaan hak asasi manusia di Amerika Syarikat (AS) diteliti oleh sebuah kumpulan kerja Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC), Isnin lalu.

Dilaporkan, wakil-wakil dari lebih 110 buah negara berucap pada sesi ke-36 Kumpulan Kerja Semakan Berkala Sejagat (UPR) UNHRC, dengan mengetengahkan saranan kepada AS supaya membuat penambahbaikan terhadap situasi hak asasi manusia yang mengundang kritikan dalam kalangan wakil berkenaan.

Para wakil menggesa negara itu supaya menghapuskan diskriminasi berasaskan kaum, agama dan jantina, membanteras kenyataan berbaur kebencian dan sikap tidak bertoleransi terhadap agama, melakukan pembaharuan terhadap badan kehakiman dan membasmi tindakan keras polis.

Antara perkara lain yang menjadi sasaran kritikan adalah prestasi negara itu dalam menjamin hak migran, membanteras aktiviti pemerdagangan manusia dan melindungi hak kesihatan orang awam tatkala didepani penularan wabak COVID-19.

董筱娉