Program Latihan “Benih Masa Depan” Semai Benih Persahabatan

2020-11-12 12:47:27  CRI
Share with:

Program Latihan “Benih Masa Depan” Semai Benih Persahabatan

Program latihan “benih masa depan” 2020 anjuran syarikat Huawei (Kemboja) berakhir semalam.

Duta Besar China ke Kemboja, Wang Wentian, Menteri Pos dan Telekomunikasi Kemboja, Chea Vandeth, Naib Setiausaha Kementerian Pendidikan, Belia dan Sukan Kemboja, Sok Sabayna dan Ketua Pengurus Huawai (Kemboja), Yao Yuya serta 30 peserta yang menerima latihan ini telah menghadiri majlis penutup program tersebut.

Wang Wentian yang mengikuti aktiviti tersebut secara maya memuji program “benih masa depan” dan menyifatkan ia sebagai bukan sahaja menyemai “benih masa depan” untuk industri digital dan maklumat kepada Kemboja, malah turut memupuk benih persahabatan untuk membina komuniti berkongsi nasib China dan Kemboja.

Program Latihan “Benih Masa Depan” Semai Benih Persahabatan

Dalam pada itu, Chea Vandeth dan Sok Sabayna turut menyanjung tinggi sumbangan syarikat Huawei kepada usaha telekomunikasi Kemboja dalam tempoh 21 tahun pengelolaannya di negara itu.

Yao Yuya menyatakan bahawa Huawei merancang menjalankan latihan terhadap 100 belia Kemobja dalam bidang ICT setiap tahun dalam tempoh tiga tahun akan datang, untuk membantu Kemboja memasuki era ekonomi digital.

曹捷