36,000 Pengkarya Rebut Peluang Sempena Pertandingan Video Pendek China-ASEAN

2020-11-12 13:51:16  CRI
Share with:

BEIJING, 12 Nov -- Pertandingan Video Pendek Persahabatan dan Kerjasama China-ASEAN yang diadakan buat pertama kalinya mendapat sambutan baik dalam kalangan pengkarya apabila ia menerima lebih daripada 36,000 penyertaan karya.

Menurut Misi China ke ASEAN pada semalam, satu pemenang pingat emas, dua pingat perak, dua pingat gangsa dan 20 hadiah kecemerlangan serta 50 peserta yang disenarai pendek telah dipilih secara teliti oleh juri yang terdiri daripada pakar media.

Sementara itu, turut dimaklumkan juga bahawa sejumlah karya akan ditayangkan sempena siri sidang pemimpin kerjasama Asia Timur 2020 yang dijadualkan berlangsung pada 12 hingga 15 bulan ini.

Kisah yang diceritakan dalam karya video tersebut termasuk kerjasama pragmatik China dan ASEAN, kebudayaan, masakan lazat dan persahabatan bersejarah antara satu sama lain, serta pelancongan dalam talian ke bandar yang mempesona.

Video “Di Seberang Laut” oleh Stesen Televisyen Filipina-China yang menggambarkan perpaduan dan keberanian rakyat kedua-dua negara berhadapan pandemik wabak COVID-19 berjaya memperoleh hadiah emas dalam pertandingan itu.

高蕾