Pudong Terajui Keterbukaan Bertaraf Tinggi

2020-11-13 15:53:06  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping meletakkan harapan tinggi terhadap pembangunan Pudong pada masa hadapan.

Semasa berucap pada majlis sambutan ulang tahun ke-30 pembangunan dan keterbukaan Pudong di Shanghai semalam, beliau menegaskan perlunya menerajui keterbukaan secara keinstitusian pada taraf lebih tinggi, memperkasakan kerjasama antarabangsa dan meneroka kelebihan baharu dalam persaingan.

Dalam pada itu, sasaran pembangunan daerah baharu Lingang di zon rintis perdagangan bebas Shanghai turut menjadi perhatian masyarkat antarabangsa.

Xi dalam ucapannya menekankan perlunya mengoptimumkan fungsi Lingang, menyasarkan kemajuan dilakar dalam beberapa sektor utama terlebih dahulu.

Kini, China sedang mempercepat pembentukan sebuah pola pembangunan baharu yang mengambil kitaran domestik sebagai tonggak utama, di samping kitaran domestik dan kitaran antarabangsa saling menggalakkan.

350 buah syarikat multinasional yang beribu pejabat di Pudong akan mencari momentum pembangunan baharu dalam proses tersebut, hingga menjadi hab utama bagi rantai industri, bekalan dan nilai sejagat.

Dalam tempoh tiga dekad mendatang, Pudong diyakini tampil dengan wajah lebih segar dan dinamik di pentas dunia, dengan menjanjikan lebih banyak peluang dikongsi bersama.

周乔西