Semangat Kekitaan Bersemarak Hadapi Wabak

2020-11-14 17:14:59  CRI
Share with:

Semangat berganding bahu dan bantu-membantu dipaparkan sepenuhnya apabila negara-negara ASEAN bekerjasama dengan China, Jepun dan Korea Selatan dalam melawan pandemik COVID-19.

Demikian ujar Perdana Menteri China, Li Keqiang ketika menyampaikan ucapan menerusi pautan video dalam Sidang Kemuncak ASEAN-China, Jepun, Korea Selatan (10+3) hari ini.

Kata beliau, usaha menangani wabak mencapai hasil pada peringkat awal melalui sinergi negara-negara serantau, sementara operasi pengeluaran serta rantaian industri dan bekalan pulih secara teratur.

Beliau turut meluahkan keyakinan bahawa negara-negara serantau pasti dapat mengatasi kesan pandemik, sekali gus membuka dimensi baharu kemakmuran menerusi solidariti dan kerjasama yang lebih kukuh.

 

 

周乔西