Inovasi Pacu Kemajuan Pudong

2020-11-15 16:32:42  CRI
Share with:

Inovasi dianggap enjin yang memacu pembangunan dan keterbukaan Pudong, Shanghai sepanjang tiga dekad lalu, selari dengan visi pembangunannya yang meletakkan inovasi pada kedudukan paling utama. Ini juga sejajar dengan matlamat jangka panjang China untuk mengetengahkan diri sebagai gergasi sains dan teknologi.

Pudong yang ditaruh harapan tinggi akan terus memperkasakan inovasi sains dan teknologi menerusi penyelidikan asas, sehingga membawa kemajuan lebih besar dalam bidang teknologi teras.

Kunci inovasi sains dan teknologi terletak pada pembangunan modal insan. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Pudong telah memperkenalkan siri dasar untuk menarik kedatangan bakat dari dalam dan luar negara, seperti mengomptimumkan sistem akses pekerjaan graduan asing. Selain itu, sokongan dana juga dianggap penting dalam usaha tersebut.

Pada masa hadapan, Pudong menyasarkan untuk menjadi hub kepada pola pembangunan baharu yang mengambil kitaran domestik sebagai tonggak utama, di samping kitaran domestik dan kitaran antarabangsa saling menggalakkan, menerusi pembaharuan dan keterbukaan pada tahap lebih tinggi.

周乔西