Yakin RCEP Bawa Faedah kepada Ekonomi Dunia

2020-11-15 15:12:36  CRI
Share with:

Pemeteraian perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) menjadi tumpuan ramai sepanjang berlangsungnya siri persidangan pemimpin kerjasama Asia Timur secara maya pada 12 hingga 15 November ini.

Profesor Madya Fakulti Perdagangan Antarabangsa Universiti Konkuk Korea Selatan, Jin Xu dalam temu bual bersama Kumpulan Media China (CMG) menyatakan bahawa penandatanganan RCEP sememangnya akan mendatangkan faedah besar kepada negara-negara yang terangkum di bawah rangka RCEP, mahupun ekonomi global.

Beliau beranggapan, RCEP adalah lingkaran ekonomi berskala raksasa yang merangkumi sepertiga populasi dunia. Keterbukaan pasaran di rantau ini mampu menghapuskan ketidaktentuan ekonomi global ekoran amalan unilateral dan perlindungan perdagangan, sekali gus menyumbang kepada kerancakan semula ekonomi sejagat yang mengalami kemelesetan susulan penularan pandemik COVID-19.

周乔西