Terowong No.7 HSR Jakarta-Bandung Siap Dibina

2020-11-16 12:11:33  CRI
Share with:

Terowong No.7 landasan kereta api laju (HSR) Jakarta-Bandung, Indonesia telah siap dibina semalam. Inilah projek pembinaan yang pertama yang melibatkan terowong yang sepanjang seribu meter ke atas, dan dilihat sebagai kemajuan signifikan dalam projek pembinaan HSR Jakarta-Bandung yang dijalankan Syarikat Pembinaan Landasan Kereta Api China (CRCC) untuk fasa sekarang ini.

Pasukan jurutera CRCC menghadapi banyak cabaran dan kesukaran dalam pembinaan terowong No.7 yang panjangnya 1,285 meter. sementara itu, seramai 260 teknisyen tempatan Indonesia yang dipupuk pihak CRCC dalam proses pembinaan berkenaan, dianggap memainkan peranan penting dalam menjayakan projek terowong tersebut.

Setelah siap dibina, masa perjalanan dari Jakarta ke Bandung, bandar ke-4 terbesar Indonesia dijangka akan dipendekkan ke hanya 40 minit, jauh lebih cermat daripada lebih 3 jam buat masa sekarang.

张宪