Kemboja: RCEP Penting bagi Semua Negara Serantau

2020-11-16 12:12:33  CRI
Share with:

Kemboja: RCEP Penting bagi Semua Negara Serantau

Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) telah ditandatangani secara rasmi semalam sempena siri mesyuarat pemimpin kerjasama Asia Timur. Kementerian Perniagaan Kemboja dalam media sosial rasminya menerbitkan satu karangan yang menyatakan, penandatanganan RCEP mempunyai makna sejarah yang penting bagi semua negara serantau termasuk Kemboja.

Menurut karangan tersebut, RCEP menyediakan syarat yang wajib bagi melindungi dan meningkatkan globalisasi, dan menyokong perdagangan bebas multilateral secara teratur dan adil. Sehubungan itu, RCEP dijangka akan menjadi pendorong penting bagi sosioekonomi negara serantau berkembang ke arah lestari dan seimbang, malahan penjana bagi pembangunan ekonomi, peningkatan kesejahteraan masyarakat dan kehidupan rakyat serantau semasa penularan wabak COVID-19.

Seawal November, 2012 yang menyaksikan berlangsungnya mesyuarat pemimpin kerjasama Asia-Timur yang diadakan di Phnom Penh, Kemboja, jadual pembinaan Kawasan Perdagangan Bebas RCEP sudah pun dimulakan secara rasmi dalam kenyataan bersama pemimpin negara-negara berkenaan.

 

张宪