Pertemuan Ke-12 Pemimpin BRICS Bakal Diadakan

2020-11-17 13:16:26  CRI
Share with:

Pertemuan ke-12 pemimpin negara-negara BRICS bakal diadakan hari ini secara maya. Sidang kemuncak ini bertemakan 'memelihara hubungan rakan negara BRICS yang komited kepada kestabilan sejagat, keselamatan bersama dan pertumbuhan inovatif'. Pelbagai kalangan masyarakat Rusia, negara pengerusi bergilir BRICS, amat mementingkan sidang kali ini, dan merancang menganjurkan kira-kira 150 buah aktiviti berkenaan.

Dalam sidang media yang diadakan Kedutaan Rusia ke China semalam, pegawai pihak Rusia menyatakan bahawa dalam sidang kemuncak BRICS yang diadakan di Brazil pada 14 November 2019, Presiden Rusia Vladimir Putin menyatakan sempena Rusia berperanan sebagai negara pengerusi bergilir BRICS akan menfokuskan kepada usaha meningkatkan taraf dan kualiti kehidupan rakyat negara BRICS. Sehubungan itu, Rusia menyeru terus mengintensifkan kerjasama lima negara dalam bidang politik, ekonomi dan sosiobudaya.

Tentang bidang kerjasama yang akan diutamakan, pegawai tersebut menyatakan, Rusia menyeru negara BRICS memelihara peranan teras Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam menangani urusan antarabangsa, manakala dalam bidang perdagangan dan kewangan, negara BRICS diharap memanfaatkan potensi bank baharu memperdalam kerjasama dalam bidang ekonomi dan perdagangan, sumber tenaga, penyelidikan sains dan teknologi serta kesihatan awam. Selain itu, perhubungan di kalangan rakyat juga diharap dieratkan. 

曹捷