“Lawatan itu ditakdirkan begitu memalukan”, inilah ulasan diberikan AP terhadap lawatan Mike Pompeo ke 7 buah negara di Eropah dan Asia Barat baru-baru ini.
Pompeo yang dilabelkan sebagai “setiausaha negara paling buruk dalam sejarah AS” sedang berusaha memperagakan kuasanya sebagai ketua pegawai diplomatik di negaranya untuk memberi “persembahan gila yang terakhir”. Seperti biasa, lawatan Pompeo kali ini mengundang banyak bantahan daripada negara-negara yang tersenarai dalam jadual lawatannya.
Menurut laporan radio France 24, Presiden negara itu, Emmanuel Macron menyatakan aktiviti pertemuan dengan Mike Pompeo adalah “terbuka sepenuhnya” kepada Joe Biden.
Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan Menteri Luarnya Mevlut Cavusoglu pula tidak menjadualkan pertemuan dengan Mike Pompeo.
Selain itu, Mike Pompeo bakal melawat tapak kediaman Yahudi Israel, yang dianggap wilayah milik Palestin yang dicerobohi Israel di pantai barat Sungai Jordan. Lawatan Mike Pompeo ke tapak kediaman tersebut telah menerima kecaman keras dari Perdana Menteri Palestin, Mohammed Shtayyeh kerana tapak itu dianggap haram oleh hampir semua negara.
Kenapa Mike Pompeo yang sudah tahu mukanya tercoret arang, masih berdegil memilih melawat ke 7 buah negara sebelum tempoh jawatannya berakhir? Demi pilihan raya 2024. Inilah jawapan daripada ramai ahli penganalisis.
Pengarah Pengajian Dasar Pertahanan Negara dan Diplomatik Institut Perusahaan AS, Kori Schake menyatakan, Mike Pompeo mungkin hendak meninggalkan kesan mendalam kepada pengundi dengan memegang peluang terkhir ini demi pilihan raya 2024.
Akhbar Jerusalem Post pula lebih terus terang menunjukkan bahawa tujuan Mike Pompeo melawat Israel adalah untuk melobi dalam usahanya merebut jawatan Presiden pada 2024.
Namun “persembahan gila yang terakhir” diberikan Mike Pompeo ditakdirkan tidak dapat membawa hasil yang diidamkannya, sebaliknya menjadikan kekejiannya terdedah di mata dunia.