COVID-19 Dikesan Mula Tular di Itali September 2019

2020-11-18 12:32:42  CRI
Share with:

Penyelidikan terkini dilaksanakan Institut Kanser Negara (INT) Milan, Itali mendedahkan koronavirus sudah mula menular di Itali pada September tahun yang lalu, 5 bulan lebih awal daripada masa kemunculan kes jangkitan COVID-19 yang pertama di negara itu. Menurut laporan tersebut, hasil itu mungkin “mengubah sejarah pandemik”.

Mengenai laporan tersebut, Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam sidang akhbar menyatakan asal usul COVID-19 merupakan isu sains yang sungguh rumit, oleh itu patutlah saintis yang berperanan menjalankan pengajian dan kerjasama sains antarabangsa untuk menambah pengetahuan tentang virus jenis ini supaya mencegah krisis yang mungkin tertimbul pada masa akan datang demi keselamatan nyawa dan kesihatan rakyat pelbagai negara.

张宪