WIC: Bentuk Komuniti Berkongsi Nasib Ruang Siber

2020-11-19 11:06:23  CRI
Share with:

Persidangan Internet Dunia (WIC) telah menyiarkan Inisiatif Tindakan bagi Membentuk Komuniti Berkongsi Nasib Ruang Siber semalam, yang menyeru masyarakat antarabangsa agar melaksanakan dasar yang lebih positif, inklusif, selaras dan kondusif untuk manfaat umum, dan mempercepat pembangunan infrastruktur maklumat global supaya menggalakkan kesalinghubungan dan mendorong perkembangan inovatif ekonomi digital.

Ditegaskan, masyarakat antarabangsa diharap memperhebat perpaduan, melindungi keadilan dan berkongsi dividen hasil ekonomi digital ketika menghadapi risiko dan cabaran baharu ekoran penularan wabak COVID-19.

Menurut Inisiatif berkenaan, pelbagai negara, pertubuhan antarabangsa, syarikat internet, golongan teknisyen, persatuan kemasyarakatan dan individu disyor mengekalkan konsep tadbir urus global yang berorientasikan pembincangan bersama, pembangunan bersama dan berkongsi bersama, memegang nilai-nilai "bersama mendorong perkembangan, bersama memelihara keselamatan, bersama menyertai tadbir urus, dan bersama berkongsi hasil", supaya dapat menjadikan ruang siber sebagai komuniti pembangunan, keselamatan, tanggungjawab dan kepentingan bersama yang boleh dimanfaatkan segenap umat manusia.

高蕾