Lee Hsien Loong: Tolak Cubaan Sebelahi Mana-mana Pihak

2020-11-19 13:23:21  CRI
Share with:

Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong menolak cubaan menyebelahi mana-mana pihak seperti semasa Perang Dingin.

Sewaktu ditemu ramah Ketua Pengarang Bloomberg, John Micklethwait, di Forum Ekonomi Baharu 2020 yang diadakan secara maya baru-baru ini, Lee Hsien Loong menyatakan, tidak banyak negara mahu menyertai suatu apa yang disebut 'pakatan' yang beroperasi tanpa penglibatan China. Menurut Lee, baik Singapura, negara-negara Asia, mahupun negara-negara Eropah ingin menjalankan perdagangan dengan China, misalnya Kesatuan Eropah sedang memeterai perjanjian pelaburan dengan China. Beliau berpendapat kaedah yang  lebih baik adalah  semua pihak disenaraikan dalam dialog untuk mengubahsuaikan ketertiban antarabangsa.

Dalam pada itu, Lee Hsien Loong berkata, Asia, khususnya China amat penting bagi AS. Beliau turut mencadangkan AS membangunkan suatu kerangka konstruktif yang baharu yang boleh membantu negaranya dan China mencari kepentingan bersama dan mengekang perselisihan dalam sektor perdagangan, keselamatan, perubahan iklim dan kawalan senjata nuklear.              

高蕾