Bon China Disambut Baik Pelabur Antarabangsa

2020-11-20 17:07:30  CRI
Share with:

BEIJING, 20 Nov -- Kementerian Kewangan China menerbitkan bon kerajaan yang bernilai EUR4 bilion (RM19.4 bilion) pada 18 November.

Menurut kementerian tersebut, ini merupakan tahun ke-2 China mengedarkan bon kerajaan dalam EUR sejak dipulihkan pada tahun 2019.

Pengedaran bon kali ini juga merekodkan kadar bunga yang paling rendah untuk bon berdaulat China di luar negara.

Antara perincian dalam bon tersebut adalah termasuk terbitan EUR750 juta pada kadar –0.152 peratus untuk lima tahun, terbitan EUR2 bilion pada kadar 0.318 peratus untuk 10 tahun, dan terbitan EUR1.25 bilion pada kadar 0.664 peratus untuk 15 tahun.

Dari sudut perakaunan pula, sejumlah besar pelabur antarabangsa dilaporkan secara aktif terlibat dalam pengedaran kali ini, dengan jumlah tempahan mencatat 4.5 kali ganda berbanding dengan jumlah yang diedarkan.

Sementara itu, kadar pecahan pelabur Eropah meliputi 72 peratus daripada keseluruhan jumlah bon, sekali gus memperlihatkan keyakinan pasaran modal dan pelabur antarabangsa terhadap ekonomi China.

 

徐国玮