Paradigma Pembangunan Baharu China Dimanfaatkan Dunia

2020-11-20 13:15:24  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping ketika menyampaikan ucap tama dalam telesidang Dialog CEO Kerjasama Ekonomi Asia Pasifi (APEC) menekankan lagi bahawa paradigma pembangunan baharu yang diusahakan China, sama sekali bukan hanya merujuk kepada kitaran tunggal yang berdasarkan pasaran domestik yang tertutup, melainkan 'dwi kitaran' yakni kitaran domestik dan kitaran domestik-antarabangsa yang terbuka dan saling menggalakkan. Beliau dari tiga aspek termasuk pasaran, keterbukaan dan kerjasama telah menghuraikan bagaimana paradigma pembangunan baharu China boleh dimanfaatkan dunia. Ini juga dilihat sebagai jawapan yang amat jelas bagi mereka dari dunia luar yang ingin memahami pembangunan China.

Xi dalam ucapannya menyatakan, membentuk paradigma pembangunan baharu adalah keputusan strategik yang dibuat berdasarkan tahap dan syarat pembangunan China sendiri dan pertimbangan penuh terhadap globalisasi ekonomi dan perubahan persekitaran luar. Tiga aspek yang disebut dalam ucapan Xi termasuk “China akan merangsang potensi domestik dengan sepenuhnya untuk menncipta lebih banyak permintaan kepada negara lain”, “China akan meningkatkan keterbukaan untuk berkongsi peluang pembangunan dengan pelbagai negara”, “China akan mengintensifkan kerjasama dengan luar secara berterusan untuk mewujudkan saling untung dan menang-menang dengan negara lain".  Perkataan “berkongsi” yang terkandung dalam ketiga-tiga ayat tersebut, menggambarkan sikap ikhlas China yang bertanggungjawab untuk mendorong pemulihan ekonomi dunia dan membangunkan bersama-sama dengan negara lain.

Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang baru dimeterai menandakan permulaan pembinaan kawasan perdagangan bebas terbesar di dunia sekali gus selangkah besar bagi proses pembinaan kawasan perdagangan bebas Asia Pasifik (FTAAP). Sebagai penyokong teguh terhadap kerjasama Asia Pasifik, China sedang bersama-sama dengan entiti ekonomi lain berusaha merealisasikan pembinaan FTAAP yang dipercayai dapat menjadi penggerak baharu kepada pertumbuhan ekonomi dunia

曹捷