'Gelembung Perjalanan' Hong Kong-Singapura Ditangguhkan

2020-11-22 14:45:01  CRI
Share with:

'Gelembung Perjalanan' atau 'travel bubble' antara Hong Kong dengan Singapura ditangguhkan selama dua minggu berikutan situasi pandemik COVID-19 memburuk lagi di Hong Kong baru-baru ini.

Menurut maklumat jurucakap Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong semalam, situasi pandemik dijangka kekal serius di wilayah itu dalam jangka masa yang pendek. Penangguhan ‘Gelembung  Perjalanan' adalah  langkah yang bertanggungjawab kerana bukan sahaja mengurangkan masalah yang dihadapi para penumpang, tetapi juga mengelakkan ketidaktentuan dalam jadual penerbangan mereka. 

Hong Kong dan Singapura sebelum ini pernah memeterai perjanjian  mengenai usaha ‘Gelembung Perjalanan' bagi menghidupkan semula aktiviti ekonomi pihak masing-masing terutamanya dalam sektor pelancongan. Langkah itu dijadual bermula pada 22 November untuk membolehkan penumpang dari kedua-dua tempat itu berulang-alik tanpa perlu menjalani proses kuarantin.   

曹捷