Membentuk Komuniti Berkongsi Nasib Asia Pasifik dengan Usaha Bersama

2020-11-22 13:44:00  CRI
Share with:

Dalam Sidang Tidak Rasmi Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-27 yang diadakan secara maya kelmarin, Presiden China, Xi Jinping sekali lagi menganjurkan untuk membentuk komuniti berkongsi nasib Asia Pasifik yang terbuka, inklusif, bertumbuh dengan inovatif, salinghubung, kerjasama dan menang-menang, dan turut mengeluarkan cadangan demi mendorong pembangunan Asia Pasifik.

Anjuran China dan visi APEC dapat saling menyahut berikutan hasrat kuat masyarakat antarabangsa terhadap perpaduan, kerjasama dan multilateralisme. Menurut ramalan yang dibuat jabatan sokongan dasar institusi pengajian di bawah APEC, dipengaruhi wabak COVID-19, ekonomi rantau Asia Pasifik tahun ini akan mengalami pertumbuhan negatif untuk pertama kalinya dalam 30 tahun lalu.

Ini membuat kerjasama Asia Pasifik pada masa depan memerlukan cetak biru baharu. Pada saat yang penting ini, Xi menekankan bahawa rantau Asia Pasifik perlu memainkan peranan pemimpin dalam memelihara dengan tegas kedamaian dan kestabilan, mempertahankan dengan teguh amalan multilateralisme, dan mengekalkan pembangunan ekonomi dunia yang terbuka. Ini dilihat sebagai panduan inti terhadap pembangunan Asia Pasifik pada masa depan.

Antara bidang utama kerjasama Asia Pasifik, pembinaan kawasan perdagangan bebas diberi perhatian yang besar. Seiring dengan termeterainya Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), proses pembinaan Kawasan Perdagangan  Bebas Asia Pasifik telah mengorak selangkah besar ke hadapan. Xi dalam ucapannya menyatakan jelas bahawa China juga akan mempertimbangkan dengan sikap positif keanggotaan dalam Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP), serta mengumumkan China akan menganjurkan seminar perdagangan dan pelaburan bersifat inklusif pada tahun depan.

Bukit sama didaki, lurah sama dituruni. Semangat Asia Pasifik pasti akan menggalakkan pelbagai anggotanya mara ke arah visi 2040. China yang akan memasuki fasa pembangunan baharu pasti boleh mencipta penggerak baharu untuk membantu merealisasikan sasaran itu, supaya dunia dapat menyaksikan APEC adalah platform pembangunan yang saling menyokong, saling untung dan menang-menang.

曹捷