Guterres: G20 Pemimpin Operasi Banteras Wabak

2020-11-23 14:55:09  CRI
Share with:

Setiuasaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Berstu (PBB), Antonio Guterres ketika menghadiri sesi kedua sidang kemuncak ke-15 Kumpulan 20 (G20) semalam berkata, G20 telah memainkan peranan pimpinan dalam perjuangan dunia membanteras pandemik COVID-19.

Beliau amat gembira kerana vaksin serta cara pemeriksaan dan rawatan diterima sebagai produk awam.

Beliau sekali lagi menyeru pemimpin-pemimpin G20 menyokong sepenuhnya "inisiatif mempercepat pembangunan dan pengeluaran serta pemerolehan secara adil alat baharu pencegahan wabak COVID-19" serta "pelan pelaksanaan vaksin COVID-19". Selain itu, negara-negara G20 diseru menyumbang kepada pembiayaan dana sebanyak USD28 bilion bagi rancangan-rancangan berkenaan dengan secepat mungkin.

徐国玮