Inovasi Teknologi China Bawa Manfaat kepada Dunia

2020-11-23 15:02:35  CRI
Share with:

Selaku pelopor inovasi sains dan teknologi di dunia, kemajuan China dalam bidang itu diyakini membawa manfaat kepada seluruh umat manusia, lapor akhbar Kenya, The Star.

Laporan bertarikh 22 November itu berkisar pada paradigma pembangunan baharu China yang mengambil kitaran domestik sebagai tonggak utama, manakala kitaran domestik dan kitaran antarabangsa saling menggalakkan, di samping merangsang inovasi teknologi hingga menjadikannya sebagai dorongan baharu kepada pertumbuhan ekonomi.

Memetik laporan tersebut, China telah diiktiraf sebagai kuasa maju dalam telekomunikasi dan kecerdasan buatan (AI).

Setakat September, pengguna rangkaian 5G di negara ini melepasi 110 juta orang dan kira-kira 600 ribu stesen pemancar 5G dijadual siap dibina di semua bandar dalam negeri menjelang hujung tahun ini.

Selain itu, negara-negara di dunia turut menyatakan hasrat untuk menjalinkan kerjasama dalam teknologi 5G dengan China.

Laporan berkenaan menyebut, corak pembangunan berteraskan inovasi teknologi yang dilaksanakan di Asia Pasifik boleh diperkenalkan ke rantau lain, sementara usaha inovasi China diyakini menyumbang kepada visi membina komuniti berkongsi nasib dalam lingkungan global.

董筱娉