WHO Seru Pengagihan Vaksin secara Adil

2020-11-24 15:18:51  CRI
Share with:

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam sidang taklimat semalam memuji hasil positif penyelidikan vaksin COVID-19 di dunia baru-baru ini. Beliau menyeru masyarakat antarabangsa menyegerakan penetapan satu standard mengenai pengagihan vaksin secara adil. Beliau juga berharap negara-negara kaya boleh menghulurkan lebih banyak sokongan kepada negara-negara miskin.

Dalam sidang kemuncak Kumpulan 20 di Riyadh baru-baru ini, pemimpin pelbagai negara sekali lagi berjanji akan menjamin pengagihan vaksin secara adil. 

Setakat ini, 187 negara termasuk China telah menyertai Persekutuan Vaksin dan Imuninasi Global (GAVI) dan Kemudahan Akses Global Vaksin COVID-19 (COVAX) anjuran WHO. Namun bagaimana menjamin pengagihan yang adil tetap menjadi satu cabaran bagi negara-negara membangun.

徐国玮