2 Maut Kes Tikaman di San Jose

2020-11-24 14:18:27  CRI
Share with:

Kes tikam yang berlaku di bandar San Jose, California, Amerika Syarikat (AS) malam Ahad telah mengakibatkan dua orang maut dan beberapa lagi cedera.

Menurut pihak polis tempatan, kes tikam itu berlaku di sebuah gereja di sekitar San Jose State University. Tiada kegiatan keagamaan dilakukan di gereja yang terbuka kepada orang gelandangan itu.  

Setakat ini, polis masih belum mengesahkan suspek terlibat telah ditahan atau tidak.

覃淼