Pembangunan Kunci Pembasmian Kemiskinan

2020-11-25 14:05:34  CRI
Share with:

Menurut unjuran terkini Bank Dunia (WB), kadar kemiskinan mutlak di dunia akan naik buat pertama kalinya dalam tempoh 20 tahun. Lebih 150 juta penduduk akan kembali dalam kemiskinan ekoran penularan pandemik COVID-19.

Bagaimana membendung penularan wabak, menstabilkan pembangunan ekonomi di samping menjamin kesejahteraan hidup rakyat menjadi cabaran besar bagi masyarakat antarabangsa.

Presiden China, Xi Jinping ketika berucap pada sesi kedua Sidang Kemuncak Ke-15 Kumpulan 20 (G20) secara maya baru-baru ini telah  menjelaskan pandangannya mengenai pembangunan lestari. Beliau menegaskan bahawa pembangunan adalah kunci bagi pembasmian kemiskinan.

Beliau mengatakan, agenda pembangunan haruslah diutamakan dalam penyelarasan dasar makro dunia. Beliau turut mengemukakan tiga anjuran iaitu mengutamakan pembangunan, mengambil langkah-langkah seimbang dan menyeluruh, serta membina iklim ekonomi antarabangsa yang baik.

Selain itu, China telah mengeluarkan pelbagai dasar dan langkah pragmatik untuk menggalakkan usaha pengurangan kemiskinan global, termasuk menyediakan sokongan kewangan kepada negara membangun, menggalakkan pembinaan infrastruktur dan kesalinghubungan, mengurangkan sekatan perdagangan dan memaksimumkan peranan ekonomi digital dalam pembasmian kemiskinan.

胡星