Minggu TV China-ASEAN Fokus Pembangunan Media Pasca Epidemik

2020-11-25 11:25:59  CRI
Share with:

Minggu TV China-ASEAN ke-2 membuka tirainya di bandar Guilin, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, selatan China pada Isnin.

Bertemakan “Kerjasama, Inovasi, Komunikasi, Integrasi”, minggu TV tersebut berfokus kepada trend perkembangan media pasca epidemik.

Dalam pada itu, pelbagai aktiviti turut diadakan untuk mendorong pembangunan bersama khususnya bagi industri media China dan ASEAN.

Ia termasuk penghargaan contoh komunikasi cemerlang dan pelancaran pameran perdagangan untuk produk audio-visual yang merupakan antara atur cara paling penting bagi minggu TV tersebut.

Ini juga kali pertama pameran perdagangan seumpama dibuka bersempena minggu TV.

Banyak syarikat dan institusi penyelidikan telah meluahkan harapan supaya platform ini dapat membantu mereka meneroka pasaran baharu.

Selain itu, satu pameran dalam talian juga dianjurkan untuk berkongsi hasil-hasil terbaharu kepada peserta yang tidak dapat datang ke China susulan penularan wabak COVID-19.

张哲