Pakar Ekonomi: Renminbi Tampil Menarik untuk Transaksi Global

2020-11-25 11:57:39  CRI
Share with:

Perkenalan penggunaan mata wang renminbi dalam urusan transaksi global menjadi antara fokus pada Sidang Kemuncak Kewangan Inisiatif Kesalinghubungan China-Singapura di Chongqing, barat daya China, Selasa.

Ketua Ahli Ekonomi China merangkap Pengarah Urusan Bursa Saham Hong Kong (HKEX), Ba Shusong yakin bahawa pemulihan pantas ekonomi China dalam suasana ekonomi global pada ketika ini menjadikan yuan lebih menarik bagi urusan transaksi rentas sempadan.

Jelas beliau, kini telah tiba masanya supaya penggunaan renminbi digalakkan dalam pasaran global.

Dalam perkembangan lain, prestasi nilai mata wang yen Jepun, dolar Amerika Syarikat dan euro Kesatuan Eropah pula dilaporkan merosot susulan kadar faedah diturunkan sehingga ke tahap sifar atau negatif.

Pada masa sama, ekonomi China yang memulih menyaksikan mata wangnya semakin menarik.

Justeru, Ba berpendapat bahawa China juga perlu bertindak menjamin pelabur global meningkatkan keberkesanan kos semasa mengendalikan aset dalam bentuk renminbi di sebuah pasaran yang lebih terbuka.

Beliau turut menjelaskan berberapa perkara yang perlu diusahakan adalah untuk memperkenalkan penggunaan yuan dalam urusan transaksi serantau membabitkan China dengan negara-negara ASEAN.

Ia termasuk mengurangkan kos penggunaan yuan, kebebasan penukaran yuan yang boleh dilakukan secara langsung, dan tidak lagi menjadikan dolar Amerika tukaran pertama.

张哲