Minggu Televisyen China-ASEAN Diadakan di Guangxi

2020-11-25 14:03:13  CRI
Share with:

Sidang kemuncak penyiaran audiovisual sempena Minggu Televisyen China-ASEAN diadakan di Guilin, wilayah Guangxi China semalam.

Laporan Kumpulan Pemikir Mengenai Penyiaran Program Audiovisual China-ASEAN oleh Pusat Pembangunan dan Penyelidikan Jabatan Pentadbiran Am Radio dan Televisyen China telah dikeluarkan.

Menurut laporan itu, China telah mengimport 198 program audiovisual dari ASEAN dari 2015 hingga 2019.

Naib Pengarah pusat tersebut, Yang Ming berkata, program China telah disiarkan di 10 negara ASEAN, terutamanya di Singapura dan Malaysia.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, China dan negara-negara ASEAN mencapai beberapa perjanjian mengenai penggambaran bersama atau kerjasama dalam pengeluaran program audiovisual.

胡星