Sumbangan China Dapat Pujian Dunia

2020-11-26 11:42:54  CRI
Share with:

Persidangan antarabangsa Fahami China 2020 melabuhkan tirianya di bandar Guangzhou, selatan China baru-baru ini. Persidangan ini bertemakan usaha pemodenan China dan komuniti berkongsi nasib sesama insan dalam perubahan, ujian dan kerjasama.

Bekas Perdana Menteri Britain, Gordon Brown memuji sumbangan China dalam kerjasama antarabangsa di samping mengkritik tindakan salah beberapa negara yang hanya membela kepentingan sendiri ketika menghadapi tekanan penularan wabak dan kemerosotan ekonomi semasa ini.

Pada beberapa tahun lalu, sesetengah politikus Amerika Syarikat (AS) membangkitkan unilateralisme dan tindakan membuli dalam perdagnangan, di samping meremehkan tamadun negara lain hingga risiko ekonomi dunia dan faktor ketidaktentuan menambah, serta sistem tadbir urus global menghadapi risiko hilang kawalan.

Walaupun menghadapi cabaran agak besar, keamanan dan pembangunan, tema zaman ini tidak akan berubah, manakala arus kepelbagaian pola dunia dan globalisasi ekonomi tidak akan dibalikkan. Multilateralisme dan perdagangan bebas selaras dengan kepentingan bersama masyarakat antarabangsa.

Usaha dan tanggungjawab China dalam sektor ini mendapat pujian meluas daripada masyarakat antarabangsa.

Presiden China, Xi Jinping ketika menghadiri Sidang Kemuncak APEC secara maya baru-baru ini menyatakan bahawa pihaknya akan menimbang untuk menganggotai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik Komprehensif dan Prograsif (CPTPP). Kenyataan ini menunjukkan sikap terbuka China kepada mana-mana perjanjian perdagangan bebas yang bermanfaat bagi memperkukuh globalisasi ekonomi dan integrasi ekonomi serantau.

Keterbukaan dan kerjasama haruslah dikekalkan ketika cabaran dan kesukaran bertambah buruk. Ini hukum pembangunan dan pengalaman sejarah. Keterbukaan dan kerjasama saluran menuju ke multilateralisme dan kemakmuran bersama.

覃淼