Latihan Tentera Laut Bersama Singapura-India Berakhir

2020-11-26 11:36:33  CRI
Share with:

Latihan Tentera Laut Bersama Singapura-India Berakhir

 

Kementerian Pertahanan Singapura mengumumkan semalam, latihan tentera laut rutin negara itu dengan India berakhir hari ini.

Latihan yang berkod SIMBEX itu berlangsung selama tiga hari di Laut Andaman dan Lautan Hindi. Disebabkan impak pandemik COVID-19, latihan tentera tahun ini dirancang secara dalam talian, dan tiada sebarang kontak fizikal antara tentera kedua-dua pihak.

Singapura menghantar dua kapal pengiring, iaitu RSS Intrepid dan RSS Steadfast yang membawa sebuah helikopter S-70B, serta kapal pendarat RSS Endeavour menyertai latihan tentera tersebut.

Antara kelengkapan yang dihantar oleh India termasuk kapal pembinasa INS Rana yang membawa helikopter Chetak, kapal meronda INS Kamorta, kapal selam INS Sindhuraj dan lain-lain.

胡星