China, ASEAN Bincang Kerjasama Inovasi Sains dan Teknologi

2020-11-27 12:49:42  CRI
Share with:

China dan ASEAN diharap bersama-sama menggalakkan interaksi dan kerjasama dalam inovasi sains dan teknologi bagi membina masa depan yang lebih indah.

Demikian dikatakan Menteri Sains dan Teknologi China, Wang Zhigang ketika berucap dalam Persidangan Pemindahan Teknologi dan Kerjasama Inovasi China-ASEAN ke-8 yang dirasminkan di Nanning, Guangxi semalam.

Wang Zhigang menyatakan China dan negara-negara ASEAN mempunyai kepentingan bersama dalam usaha menggalakkan penaiktarafan perindustrian tradisonal, memperkukuh perindustrian baharu, mengembangkan ekonomi digital dan mesra alam. Di samping itu, kerjasama kedua-dua pihak dalam penyelarasan strategik pembangunan sains dan teknologi berpotensi besar.

Sempena persidangan kali ini, Pusat Inovasi Bangkok di bawah Pusat Pemindahan Teknologi China-ASEAN, Pelabuhan Inovasi ASEAN China-Thailand, serta Pusat Inovasi Serantau Data Besar China-ASEAN akan dirasmikan.

Kira-kira 200 wakil kerajaan, syarikat, institut pengajian tinggi (IPT), dan institusi sains dari China dan ASEAN menyertai persidangan yang diadakan secara dalam dan luar talian ini.

覃淼