CAEXPO Ke-17: Nanning Buka Pavilion Bandar Kembar

2020-11-27 11:36:19  CRI
Share with:

Tuan rumah Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-17, Nanning membuka satu pavilion bandar kembar pada ekspo tersebut bagi mempromosi produk-produk unggul pelbagai negara.

Pembukaan pavilion itu antara usaha penting bagi Nanning selaku tuan rumah dalam mempromosi pertukaran antarabangsa. 

Pengarah Pejabat Hal-Ehwal Luar Negeri Bandar Nanning, Peng Jian memaklumkan, terdapat enam buah negara terlibat dalam pameran bandar kembar tahun ini iaitu Uruguay, Jepun, Filipina, Thailand, Itali dan Perancis. 

Turut difahamkan, lebih banyak jenis produk akan dipertontonkan pada ekspo kali ini dengan kesemua negara tersebut membawa produk berprestij dan istimewa masing-masing. Ia termasuk minyak pati lavender, trufel hitam, kraftangan dan durian kering.

CAEXPO yang bertujuan menggalakkan kerjasama komprehensif antara China dengan ASEAN, telah membuka tirainya untuk edisi ke-17 di Nanning, wilayah Guangxi, selatan China hari ini. 

周乔西